[Jom Bunuh Setan Bang]
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang,abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itubersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syaratyang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..

Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:

'banggg, jom kita bunuh syaitan.... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
 
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'...
'takpe....tunggulah malam'.
 
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah..
 
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ............
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

SOS




[Two Men having Conversation]

Two old friends - a Chinaman and a Malay were having a conversation recently .....

Apek:Lu potong zaka ada bagut ka?

Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo...

Apek: err ... saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem..

Ali: Apa problem?

Apek: Manyak buang lui, lagi aah... dia punya performance tadak bagut... manyak cinang semputloh ...

Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...

Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?

Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..

Apek: err.... lu punya 1.3 atau 1.5??

Ali: woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya 6 inci laa..

Apek: Tiu nia ma... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6 inci..

Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (opens his trousers).

Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu tunjuk lupunya lanchiau..

Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..

Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau... Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..

Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja.. Bukan potong zaka la..... Proton Saga........lah


Cuba korang baca skali lagi pas taw jwpn ni konform lawak giler hahaha 

Source




[Perokok yang Kaya]


Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk

Ajoi: Selamat pagi doktor…


Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?


Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.


Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?


Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok.


Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?


Ajoi: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.


Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?

cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…
sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “,
bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan,
mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah)....

Ajoi: Doktor tak merokokkan?


Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)


Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?


Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?


Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..huhu


Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya



*hoho salah ceramah hahahaha




[Cinta itu Buta]


Betapa sucinya CINTA apabila perasaan itu buta...

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

 
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.


Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"....


Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. 


Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "
Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal pandai Amin muncul. 


Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur.
Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia"


Amin: HuhHuhHuh??


tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... " 


hahaha haiz..ada jgak la cerita camni @_@

Source 

[Apps untuk KUIZ 2kali.com]


Ni percubaan pertama saya dalam membuat Apps dari facebook hek2


Khas kuiz untuk Ahli 2kali.com :) Click sini untuk TRY




[Sistem Pesanan Pizza Tahun 2030]

Operator : Terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu... .
Pelanggan : Heloo, saya nak pesan Pizza.

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.


Pelanggan : OK, sekejap, No nya : 900615-08-5331


Operator : Ok Encik Rahmat, berumur 40 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16 Seksyen 18/34D Shah Alam. Nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?


Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?


Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.


Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family.


Operator : Itu bukan idea yang bagus encik.


Pelanggan : Kenapa pulak?


Operator : Dari medical record encik, encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolestrol yang berlebihan dari paras normal.


Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza.

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?


Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes" dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.


Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?


Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang jumlah keseluruhan adalah RM80.00


Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.


Operator : Owh!!! saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad

Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak
RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu. Itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih!!! Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai ke rumah saya.


Operator : Owh!!! rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun

encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00.

Pelanggan : Cis!!! Sudahlah!!! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?


Operator : Sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.


Pelanggan : APA!!!


Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?


Pelanggan : Cis!!!Melampau betul!!! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod

org lain sesuka hati ni? Ada yg nak kena belasah ni!!!.

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.


Pelanggan : (Terdiamm... .)


Operator : Ada nak tambah yang lain encik?


Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca colakan?


Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko... ..


Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!!!!!!!!!!!


Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami, username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot... .


SOurce
[Cikgu Brahim Dengan Muridnya Man Dol]

BAHAGIAN 1

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di
padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba²  memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya
yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


BAHAGIAN 2


Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah

bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


BAHAGIAN 3


Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


BAHAGIAN 4


Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah

Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!


BAHAGIAN AKHIR


Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu... Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


[Kenapa Handphone perlu Dibawa ke Sekolah?]


Sapa setuju HP bleh dibawa ke sekolah? haha

[Cerita Rakyat - Najis Besar]

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut
sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. 

Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. 

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan **** je,..

Tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan **** la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?
taik gajah? besar betul..!!!!



[AirBag ntk kreta Free Of Charge Pump Sendiri]

haha saja layan thread lawak/jenaka dlm thread carigold.com hek2.


[Cerita pasal 3 Pesalah]

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek…Lalu hakim berkata.."kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata.."Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika YangArif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".



Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…



Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..



Giliran terakhir pergi kepada pelawak.."Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.."Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"



Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata…"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".



"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya keluar dari lubang punggungku ini !!!".Pelawak itu kemudian dibebaskan.


Source CLICK sini

Kisah Seorang Waiter. [Jenaka+lawak=same]

Seorang lelaki pergi ke sebuah restoran dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut.

Pelayan tersebut bertanya, “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”.


“Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging penaggang tersebut”,kata lelaki tersebut.


Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.


“Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.

“Baiklah” Kata lelaki tersebut.
Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.
“Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.

“Apa yang kau buat ni hah?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.


“Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.


“Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.


“Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.


Sumber dari syok.org.

[Kelebihan Sertai 2kali.com melalui saya]

Jika anda sertai bisnes pengiklanan 2kali.com melalui saya, Saya akan membuat blog secara percuma untuk anda mempromosikan 2kali.com anda(jika anda nak promosi). Saya juga boleh uruskan akaun 2kali.com anda dan anda hanya perlu menerima sms dari saya dan beritahu saya perlu repurchase atau withdraw (bagi anda yang sibuk dengan rutin harian).

[Tips Bisnes 01]

Pertama..email korang ada kene spam ke? :)...hehe..bagi aku..tu bukan spam..cuma maklumat perniagaan..yg pnting aku xanggap spam...tapi yg berulang2 kali 2...memg spam la dah jadinya..haha....Salah satu teknik marketing orang salu guna adalah melalui kaedah email...ni cara aku sndiri je..byk manual dan free hak3..
ni yg gmail ye..korang copy n paste je semua ni dan BLAST guna WEBSITE NI better join sbb snng guna :).


Haa..ni teknik biasa je..cuma lebih fokus kpada yg berminat kpada bisnes pasif hek3..pergi je FB 2kali.com dan add sesiapa je yg ada kat sana(tapis sndiri) haha..kbykan mreka ska bisnes pasif :)..so kalau ada bisnes pasif lain nak intro..xpyah susah pyah nak cari..sbb memg dah ada networking yg terbina dari FB :)

tu je aku taw haha